Comments are off for this post

Karnival Pendidikan MARA 2017

Jom ramai-ramai kunjungi Karnival Pendidikan MARA 2017 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan berlangsung pada bulan Februari hingga April 2017 di 14 lokasi di Malaysia. Di Kuala Lumpur akan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2017.

Karnival Pendidikan MARA ini diadakan untuk memberi pendedahan maklumat kepada para pelajar khususnya lepasan SPM/STPM, ibu bapa serta orang ramai mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) sama ada dalam dan luar negara sekaligus membantu para pelajar untuk membuat pilihan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan tajaan atau mencari pelbagai peluang pendidikan boleh mengunjungi karnival ini.

Anda juga boleh dapatkan maklumat lengkap mengenai jadual (tarikh & lokasi) karnival ini di seluruh Malaysia di Jadual Karnival MARA 2017.

Atau untuk maklumat lanjut, sila klik sini.