Comments are off for this post

Forum Pengantarabangsaan Karya

Bersempena dengan Mesyuarat Agung PEN ke-40, Forum Pengantarabangsaan Karya bersama Yusof Gajah, Mahaya Mohd Yassin dan Nisah Haron akan berlangsung bermula jam 9.00 pagi pada hari Sabtu 18 Februari 2017 di Dewan Ibnu Abbas, SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), Seremban.

Ketiga-tiga mereka memang telah dan sehingga saat ini masih lagi berusaha bersungguh-sungguh memetakan Negeri Sembilan dan Malaysia di persada antarabangsa. Usaha ini sangat membanggakan dan wajar dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Forum ini juga akan diserikan lagi dengan kehadiran Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, seorang aktivis kemanusiaan yang aktif di peringkat antarabangsa dan menariknya juga seorang penulis yang telah menuliskan pelbagai buku dan tulisan berasal daripada Negeri Sembilan juga.

Bagi yang berkelapangan, terutama kepada penulis yang berhasrat untuk mengantarabangsakan karya mereka, anda semua dijemput hadir. Ayuh semua sama-sama tuntut ilmu dan memeriahkannya!

Untuk Maklumat Lanjut: Sila Klik Sini